Sunday, March 18, 2007

Produk Muslim

Maklumat Produk dan Perkhidmatan Pengusaha Muslim

Assamualaikum wrwb,
Salam perkenalan kepada pengusaha dan pengguna Muslim. Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk membaca laman ini. Sekurang-kurangnya anda perihatin dengan isu ini samada sebagai pengusaha atau pun pengguna Muslim. Bukanlah tujuan kita untuk memisahkan barangan keluaran Muslim dan bukan Muslim tapi kerana sememangnya ada keperluan maklumat diantara produk keluaran Muslim dengan pengguna Muslim yang tercari-cari produk tertentu yang dibekalkan oleh pengusaha Muslim. Bukan sahaja produk konvensional Muslim seperti makanan halal, katering, kelas-kelas pengajian Islam, bahan bacaan Islam, Islamic tour, pakaian Islam, perubatan Islam bahkan yang mencakupi bidang-bidang teknologi, pengurusan, kewangan, perkilangan, pembinaan, import export dan banyak lagi. Tidak ada satu tempat yang spesifik yang dapat kita rujuk untuk mendapatkan maklumat ini. Kalau ada pun laman web yang mengiklan syarikat-syarikat Muslim ini jumlah syarikat yang mendaftar adalah sangat kecil dan maklumatnya pula tidak lengkap. Dalam zaman internet ini maklumat boleh disampai kan dengan pantas dan lebih menyeluruh tetapi masih terdapat perniagaan Muslim yang tidak mempunyai alamat email dan laman web.

Diatas kesedaran ini laman ini ingin mengambil inisiatif, sedikit usaha fardzu kifayah kalau boleh dikatakan demikian, untuk mewujudkan satu ruang dimana pengusaha-pengusaha Muslim dapat mengambil peluang untuk menyenaraikan syarikat dan perkhidmantan mereka dan pengguna-pengguna Muslim dapat mencari barangan yang mereka perlukan dari satu direktori Usahawan Muslim yang dikhaskan untuk tujuan ini. Buat permulaan laman ini akan berusaha mengumpulkan maklumat tentang pengusaha-pengusaha Muslim dan barangan keluaran mereka untuk diwarwarkan khasnya kepada pengguna Muslim. Sekiranyanya anda seorang pengusaha Muslim bolehlah mengirimkan maklumat dan akviti syarikat anda kepada kami untuk disiarkan dalam laman ini. Sebagai pengguna Muslim pula anda mungkin tercari-cari sesuatu produk Muslim bolehlah menggunakan laman ini untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang anda hajatkan. Mungkin dalam fasa seterusnya pendekatan dan strategi yang berbeza akan diambil untuk meluaskan lagi skop kerjasama dikalangan pengusaha dan pengguna muslim dalam bidang yang lebih luas. Sekiranya tidak menjadi masaalah sila penuhkan maklumat berikut dan kirimkan kepada produkmuslim@gmail.com.


Nama Syarikat:
Alamat:
NoTel Pejabat:
No Handphone:
Nama untuk dihubungi:
Produk/Kegiatan syarikat:
Alamat email:
Alamat laman web jika ada:


Islam menyarankan umatnya bekerjasama, saling bantu membantu dalam perkara kebaikan. InsyaAllah kalau mendapat sambutan kita akan bina laman web khas untuk memudahkan usahawan dan pengguna-pengguna muslim berinteraksi dan berpakat dalam membuat kerj-kerja untuk kebaikan bersama. Mungkin sedikit kos akan diperlukan bagi menjayakan dan meyelenggarakan laman web ini. Bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk membina laman web untuk syarikat mereka InsyaAllah kami mungkin dapat menolong.

Bisnes-bisnes juga, untuk tazkirah pendek sila renungkan mafhum ayat 10 – 11 dari surah Assaff untuk suatu jenis ‘perniagaan’, dari perspektif yang berbeza: ‘Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Ia itu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui’ . Wallahhu a’lam.

Kami mengalu-alukan maklum balas dari anda semua. Syukran Jazilan.
Wassalam.

2 comments:

dwi said...
This comment has been removed by the author.
dwi said...

Assalamualaikum Wr.Wb,
SEMOGA SEGALA YANG KITA USAHAKAN DIDUNIA INI DINIATKAN HANYA KARENA ALLAH, AMIN
Wassalam Wr.Wb
dwi

Blog kami: http://www.produkmuslim.multiply.com
http://www.produkmuslimku.blogspot.com